Rodolphus Lestrange

Harry Potter and the Order of the Phoenix(filem)Harry Potter and the Order of the Phoenix(filem)Rodolphus Lestrange merupakan seorang Death Eater, suami kepada Bellatrix Lestrange, dan abang kepada Rabastan Lestrange. Keluarga Lestrange dianggap oleh Lord Voldemort sebagai penyokong dan pengikutnya yang paling setia dalam kedua-dua perang.Bellatrix dan Rodolphus, bersama Rabastan dan Barty Crouch Jr., telah bertanggungjawab terhadap penyiksaan Alice dan Frank Longbottom hingga menjadi tidak siuman ketika anak pasangan itu, Neville, masih bayi. Seperti juga isterinya, Rodolphus telah ditangkap dan ditempatkan di Azkaban selepas kejatuhan pertama Voldemort.Dia dan Bellatrix lepas lari dari penjara dengan pemberontakan Dementor pada 1996 bersama lapan Death Eater yang lain, termasuk adiknya. Rodolphus turut serta dalam Pertarungan di Jabatan Misteri selepas itu, dan kemungkinan ditangkap, walaupun isterinya tidak.Pada 1997, dia sekali lagi berleluasa, dan menyertai serangan di Little Whinging, menyerang Nymphadora Tonks dan Ron Weasley, yang menyamar sebagai Harry Potter dengan Posyen Polijus, bersama isteri dan Death Eater yang lain. Pada ketika itu, Tonks mencederakan Rodolphus.Selepas kekalahan mutlak Voldemort ketika Peperangan Hogwarts, Rodolphus mungkin telah terbunuh atau dipenjarakan.